Tuesday, May 19, 2009

Minat Kita

Selalu kalau kita bosan sangat lepak kat rumah atau cuti panjang , mama akan bawa abang jalan-jalan. kemana sahaja..pegi kelantan rumah umi (auntie suriana) di pasir puteh, pegi terengganu. port dickson, cameron. Selalunya kita tido je kat hotel..lagipun abang paling suka lompat atas katil kat hotel, mandi kat kolam, naik basikal pusing-pusing hotel dan paling best bila pegi breakfast kat cafe..abang dah terbiasa dan seronok dalam kereta lama-lama..asalkan abang boleh tengok jalan, tengok lori yang besar, perahu-perahu kecil..


kerana abang suka dan minat dengan semua jenis kenderaan...kita jugak selalu travel ke mana-mana naik keretapilah, kapal terbang, ferry..infact selalu ke genting semata-mata abang cukup gian nak naik cable car ataupun naik basikal dkt Taman Pertanian Malaysia..cuma motor jer mama tak bawak abang naik coz mama cukup gayat naik motor, tapi abang selalu naik sccoter dgn paksu..abang akan tersengih start naik sampailah turun scooter..kalau naik kapal terbang pulak abang suka sangat minta bantal..kalau naik keretapi abang pulak abang suka susun mainan2 abang atas katil (bunk bed), tapi paling letih kalau naik basikal dengan abang..sebab abang nak mama pegang tangan abang sambil mama bawak basikal..sebab abang takut jatuh.
Bowling pun salah satu favourite abang..kalau nampak alam sentral atau ole-ole abang mesti ajak mama gi bowling. selalunya kita pegi dengan cik ila dgn cik kuna..tapi abang selalu stunt dkt lane..abang suka kejar mama bila mama baling bola..then abang hanya pilih bola kaler hijau ajer..walaupun bola tu berat..it's ur fav colour anyway. pernah mama tersungkur atas lane sebab kejar abang ..tu pun sebab abang campak keta hotwheel abang atas lane..

kalau pegi mandi kat water theme park pulak..lain ceritanya. Abang nak mandi tempat org dewasa, nak glide kat gelongsor yg mama sendiri tak berani turun. Balik dari theme park jer..abang wajib selsema.

Mana pun kita pergi..we have fun together and i can see your smile even when you fall asleep..
Tipu kalau mama cakap mama tak menangis setiap kali mama merenung jauh masa depan abang..mama risau kalau2 mama pergi tanpa meninggalkan abang sesiapa untuk abang menumpang kasih dan sayang. Sebak bila mama tengok abang beria-ria menarik perhatian dan secubit kasih sayang dari pakcik dan cik..dari abi kak shin dan wafi, dari umi huda..dan inilah satu-satunya senjata yang melumpuhkan semangat kental mama. Mereka punya keluarga sendiri dan tentunya kasih sayang mereka takkan seutuh kasih sayang mama pada abang..


Amirul, kawan abang di nursery yang baru berusia 5 tahun tu pun lancang bertanyakan pada mama suatu petang.." auntie, mana abah ayish"..mama memandang auntie suzy. Nasib baik auntie Suzi pantas menjawab..abah abang kerjalah katanya..mama hanya terseyum, tapi jauh disudut hati mama sayu..terlalu sayu.


Abang, ini jalan cerita mama dengan abang..suatu hakikat yang kita kena telan. Mama tak dapat menjanjikan abang kehidupan berkeluarga seperti orang lain..mama tak akan mencari lagi seorang 'abah' untuk abang, kerana mama tak nak kasih sayang mama yang satu ni tergadai pada orang yang tak faham kasih sayang antara mama dengan abang. Melihat pakcik yang kadang-kadang angin terhadap kenakalan abang yang tak seberapa pun mama tak sanggup.


Abang ada abah..tapi dia di sana. Abah punya kehidupan sendiri..berkejaya..punya keluarga disisi. Bukan abah tak pernah usulkan agar dia menjaga abang sepenuh masa..menghantar abang ke nursery tapi..hilanglah kekuatan mama, semangat mama, kebahagian mama jika abang jauh dari mama. Mama tak pernah terfikir begitu..dan mama tak akan berbuat begitu. Mama tak nak bila di malam yg tenang ketika abang terjaga menangis memanggil mama..mama tak ada disisi abang..


Abang, ini dugaan untuk mama sebenarnya..abang masih kecil untuk mengerti bahawa kasih sayang yang universal itu sebenarnya akan menjadi makin sempit, makin bersyarat dan makin tipis nilainya bila kita meningkat dewasa..cuma abang perlu tau..mama meletakkan sumpah dan ikrar mama ketika merangkul abang buat pertama kali dalam pelukan mama bahawa walaupun darah yang mengalir dalam diri abang dan mama berbeza tapi abang adalah insan paling bertuah kerana empangan kasih sayang mama pada abang umpama sungai nil yang takkan kering.. dalam cerita kita hanya ada mama dan abang.













Minatmu..



Abang punya minat yang mendalam pada buku, buku favourite abang buku thomas n friends dengan buku lester the lizard. Bila nak tido pulak mama wajib kena bacakan kisah Nabi Adam dengan Nabi Muhammad sampai abang tertidur. Takpun, mama reka cerita pasal gajah dengan harimaulah, hikayat awang sulung merah mudalah, sang kelembailah.



Selain dari tu, abang suka numbers dengan occupation dictionary yg kalau boleh hari2 abang nak baca. Tapi satu je masalahnya, kalau mama tegur bila abang salah, mulalah abang campak semua buku. Merajuknya bukan main lagi..




Selain daripada buku, abang suka dengan mainan macam kereta hotwheel, lori pasirlah, lori kontena, tanker, dan yang terkini kapal terbang dengan submarine. Masa kecil lagi abang cukup kagum dengan kenderaan besar2 ni..mulut abang tak lekang sebut 'kowi' - lori, 'kapakebang' - kapalterbang ..sampaikan opah tersasul bila dia nak belikan mainan lori untuk abang .. opah cakap ngan mama satu hari tu..dia nak belikan kowi untuk ayish...so honey..u have like 2 full baskets of lorrys and cars. tapi good things is tht you keep wht you have nicely..kereta hotwheel tu abang susun elok2 atas katil before go to sleep..infact yg favourite tu mesti abang genggam sampailah terlepas sendiri..kalau mama ambil confirm abang terjaga..hmm..dulu abang suka dengan thomas brand..anything bout thomas. I bought few for you..small thomas train, books, cd's tapi abang banyak sedekahkan pada kawan-kawan kat nursery, tau2 jer cuma tinggal railnya ajer..dan paling mama takkan lupa bila mama hafal lagu thomas and friends sebab abang suka nyanyi lagu intro tu..

this is the things that i wont miss at all..every single moment i have with you is treasure.






Monday, May 11, 2009

Episod Kita

Pernah satu petang, kita pergi shah alam.Waktu dah senja masa tu..Abang tak nak berjalan so mama terpaksa dukung abang .. Ntah macam mana mama kaki mama tersadung dan mama terlepas abang dari dukungan..abang terjatuh atas jalan tar yang keras.abang menangis teresak2.. balik dari shah alam, abang tidur lena tapi abang demam malam tu...keesokan hari mama hantar abang ke nursery macam biasa sampailah petang lepas ambil abang dari nursery..ibu suzi cakap abang mengadu sakit tangan...

Malam tu jugak mama bawa abang ke PPUM..doktor x-ray bahu dan tangan tapi tak dapat keputusan apa-apa. Doktor cakap bahu abang lebam..itu ajer. Tapi keadaan bertambah buruk, abang langsung tak boleh angkat tangan..so mama dan abah bawa abang ke PPUM lagi sekali. Kali ni doktor sahkan tulang bahu abang retak..mama terkedu dan terkilan sebab hampir 4 hari abang menanggung sakit..

Tapi doktor tak boleh buat apa-apa..sebab bahu abang tak boleh disimen...doktor pun bagitau abang tak perlu diadmit ke hospital. Akhir sekali mama ikhtiarkan cara kampung...mama bawa abang berurut cara kampung. Alhamdulillah abang sembuh..

Itu bukan episod pertama abang denga hospital..masa abang umur 1 tahun lebih, abang pernah diarhea teruk sampaikan terpaksa admit di hospital sg.buluh...kesian abang..abang terpaksa di drip dengan air untuk pastikan tubuh badan abang dapat air yang cukup..malam tu mama, opah silah dan tok ami teman abang. Mama tidur di wad bersama abang...tapi abang memang kuat dan tabah. Pagi tu abang dah sihat..abang dah boleh tersenyum ceria..dan minta makanan.

Abang kuat sayang..kuat sangat. Lebih kuat dari mama..

Saturday, May 2, 2009

Abang jangan sedih..maybe abang akan terfikir..kenapa nasib abang begini sekali. Kenapa perlu banyak sangat rintangan Azhad Faris Zafran kena tempuh dan siapa abang pada kami semua...Kalau mama berada di tempat abang..mungkin mama pun akan berfkir macam tu...

Tapi mama nak abang lihat..ramai orang sayangkan abang..bukan atas dasar simpati tapi atas segala keceriaan dan kebahagian yang abang bawa pada mama dan sesiapa yang hadir dalam hidup abang..Terlalu banyak kasih sayang. Dan abang tak pernah dan tak akan seorang walau dalam malam yang paling kelam..Saat itu mama ada dalam hati dan jiwa abang, dalam hembusan yang abang hela..

Kuatlah anakku...kerana kekuatanmu adalah kebahagianku dan inilah jalan untuk seorang Azhad Faris Zafran...di hujung cerita ini hanya ada abang yang mampu membuat keputusan untuk diri abang..abang boleh pilih jalan yang baik atau jalan yang hitam. Abang boleh pilih untuk terus sayang atau membenci diri sendiri...jangan sedikit pun kesal berkelumit dalam hati abang sebab dalam kehidupan kita pasti ramai orang yang hadir dan pergi...ada yang memberi kesan yang baik dan ada yang meninggalkan luka...

Selagi mama bernafas..mama adalah pemelihara (hafidzah) abang...itu ikrar mama dgn wanita yang melahirkan abang...

Tuesday, April 28, 2009

Langit tak selalunya cerah...mama dan abah gagal mempertahankan keluarga kita. mama dah terlalu penat..
Mama akui mama gagal mengawal kemarahan..kasih sayang pada abah sudah habis..sudah basi....yang ada hanya benci.
Tinggallah mama dengan abang dirumah, masa tu mama akui mama benar-benar tertekan, kesihatan mama merosot teruk. Sakit mama menjadi-jadi. Mama terpaksa berulang alik ke hospital...sampai satu masa mama terpaksa meminta tolong dari opah untuk membantu mama. Mama dah tak mampu berfikir...
Ketika tu, abang berusia 7 bulan dan dah boleh merangkak laju.. Akhirnya mama ambil keputusan menghantar abang ke rumah opah siah di perak sementara mama sihat kembali. Abang ketika itu sudah betah memanggil mama..dan ketika itu abang memang langsung tak boleh berenggang dengan mama..abang dah terbiasa kemana-mana dengan mama..ke dapur, bilik air, sampaikan memasak pun mama mengendong abang.
Semasa ketiadaan abang, mama susah nak tidur malam. Bantal dan baju abang jadi peneman tidur mama..barang-barang permainan abang pun mama susun di atas katil. Gambar abang mama peluk tiap-tiap malam...
Saban hari, mama call opah siah bertanyakan tentang abang...dan opahlah jadi peneman setia melayan tangisan dan rindu mama pada abang. Mama tak betah nak mohon simpati abah menjaga abang..abah pun jarang telefon bertanyakan khabar..tapi mama tahu dia rindukan abang. Abang jadi mangsa ..mangsa perbalahan kami berdua.
Suatu hari opah siah bagitahu abah telefon dan nak ambil abang..abah tuduh mama larikan abang. Kecoh sekejap dibuatnya...kata abah, mama sengaja nak letakkan abang di kampung. Akhirnya, opah ambil keputusan untuk hantar abang pada mama. Opah terpaksa tumpang kereta abah datang ke sini.
Walaupun mama marah dengan sikap abah..tapi jauh disudut hati mama gembira dpt berjumpa abang ...perjanjiannya abah hantar abang ke rumah opah silah di rawang sebab tak nak ada perkara buruk yang tidak diingini di antara mama dengan abah..dalam perjalanan ke rawang, sekali lagi mama sakit dan terpaksa ditahan di wad kecemasan di hospital sungai buluh...tapi mama dapat berahan selama 15 minit bila mama minta doktor tanggalkan drip. Mama dah tak sabar nak jumpa dengan abang.
Setibanya di rawang, mama dah nampak kereta abah..rupanya abah pergi jumpa abang kat kampung di perak dan opah siah tumpang kereta abah untuk bawa abang ke sini. Mama peluk abang kuat2..abang dah susut .Bila abah dahbalik, opah bagitau mama..opah terpaksa hantar balik sebab opah sedih tengok keadaan abang bila berpisah dengan mama. Kata opah, abang tak nak makan..hari2 abang akan merangkak ke bilik panggil mama..abang cari mama. Maaf abang..sekarang baru mama tau..kekuatan mama ada pada abang. Abang yang beri sebab untuk mama perjuangkan diri mama.
Sejak itu sayang, mama tak pernah berpisah dengan abang..


Friday, April 24, 2009

Kasih Mama

































Pada mulanya, kekok mama nak bahasakan diri mama pada abang...tapi alah bisa tegal biasa...bila berdepan melayan abang, semuanya jadi natural..


Alhamdulillah, semua ahli keluarga mama dengan abah terima kehadiran abang dengan penuh kesyukuran. Seawal usia abang 20 hari, nenek yang jaga abang sebab mama masih kekok nak memandikan abang. Tapi sepanjang abang tak ada dirumah, setiap petang lepas kerja mama akan ke rumah nenek. Lepas abang tidur, baru mama balik ke rumah. Sekejap aje abaang di sana, dalam seminggu rasanya. Banyak mama belajar dari nenek bagaimana nak menguruskan abang..


Mama ambil abang balik lepas seminggu lebih di rumah nenek. Bila mama pergi kerja, mama hantar abang ke rumah ibu Suzi..ibu Suzi dengan mama Amy sayangkan abang. Diorang tahu siapa abang..mungkin juga atas dasar itu, perhatian banyak diberikan pada abang. Yelah, di umur abang 30 hari abang sepatutnya di rumah.


Abang selalu jugak muntah masa baby, Doktor Tan ckp abang tak rasi dengan susu Mamil abang..untuk pengetahuan abang..Doktor tanlah doktor yang paling abang tak suka, barangkali abang phobia dengan doktor Tan..Mama tukarkan susu abang quite few times. Susu yang paling serasi dengan abang susu soya based..so mama tukarkan susu S67..

Masa umur abang 40 hari lebih, kita sekeluarga balik kampung mama kat kedah. Opah, tok abah, umi ngan sepupu2 nak sangat tengok abang..tok abahlah yang paling seronok sampaikan dia tempah baby cot siap ada ukiran nama abang lagi...opah pulak buat kenduri kesyukuran untuk abang. Toksu pun datang...untuk maniskan mulut abang dengan kurma dan air zam-zam. Yang kelakarnya, semua orang perli mama...masa kenduri orang cakap mama dah berdandan..patutnya mama kena dalam pantang sebab umur abang pun baru mencecah 40 hari...


Mama bersyukur sangat-sangat .